Tuesday, May 31, 2011

three years

(AMARAN awal : post ini agak panjang and sorry, ayat macam pelik)

24th May 2008, a date that I marked in my diary book, given by Madihah. I wrote it on the first page a day before we moved.. ayat berbunyi,"hari ni hari terakhir aku di Selayang. A, friends, I'm gonna miss you". ok, tipu. 23 May, hari terakhir midyear exam di SMK Selayang Baru. Exam SENI kalau tak silap. Hari terakhir aku jumpa kawan2, hari terakhir aku peluk Nawal. hari yang aku dapat banyak hadiah dari kengkawan. Hari lahir pun tak macam gini. HAHA.


Tapi kitorang tak merasa adat2 berpindah. which is ada banyak kotak dalam rumah. Semua barang di balut. Lori datang punggah barang. TIDAK. hari Jumaat 23 May, hari last sekolah, keesokannya, kitorang pindah. dengan hanya membawa baju satu almari, buku2, dan barang2 penting. segala perabut, ditinggalkan. pergii dengan van. Aku, kakak, adik dan umi abah je pindah. time tuh, Umar si sulung sudah menetap di Kelantan, Azim , Epul masih belajar. dan si fikri tak ikut pindah. Sebab SPM. Amirah turut sedih. dia PMR.


Hari terakhir aku sekolah, aku bagi keychain kat A. tapi bukan face-to-face. segan lah ! Aku jumpa Aida. kawan baik time sekolah rendah. first time dengar suara dia sepanjang 4 tahun bersama. Chici bagi hadiah + surat. katanya bukak lepas sampai Kelantan. tapi, aku tak amanah, aku bukak. tapi tak baca. malam tuh, telefon chici. tengah malam. katanya baru pulang dari tengok citer Narnia. dan, dia bagi bukak surat tu kalau tak silap. aku terus baca. sedih. gelak pun ada.


Before pindah, kampung kitorang memang kat Kelantan. Machang dan Kota Bharu. time balik kampung, memang aku cakap kelatan, pekat ! dan Amirah benci. lepas pindah, aku berhenti cakap kelantan. langsung tak cakap kat sekolah. Tapi, before pindah, kat sekolah, nawal, cakap kelantan ngan aku. tapi dia orang penang. lagi aku sebak. Abah and Umi gembira dapat pindah. tapi kitorang, TAK LANGSUNG ! tapi, syazwan excited nak sekolah baru -____-" Tapi lepas dah masuk, syazi kata dia tak suka sekolah tuh. sebab ramai budak kampung yang perangai berbeza dari kawan dia kat Selangor.


first day sekolah, 9 June 2008. if I'm not mistaken, dalam surat tulis, daftar bulan 3. abah mintak tangguh. daftar pukul 7. aku pergi sekolah pukul 7. tapi, tudung dah ada lencana, ada name tag. mintak dengan sepupu. time tuh, hujan renyai2. hantar amirah kat sekolah sebelah. umi bawak pergi pejabat. time tuh, student nak pergi dewan. ada assembly. aku tak tawu. pengetua bersedia untuk ke dewan. AKU BARU TAWU TU SEKOLAH PREMIER/KLUSTER. almaklumlah, dia popular kat kelantan and certain people je. tak popular kat selangor. except KPM tahu lah -_-"


yang daftarkan, Ustazah Raja, ustazah arab aku. dia letak 1 Taqwa mula2. pastu 1 Ihsan. lepas daftar, dia letak tepi dewan. budak tak tawu aku student baru sebab tudung lengkap. yang bawak pergi kelas 1 Ihsan, Hidayah. lepas tuh, student lain masuk. semua tengok pelik. dalam hati, aku nak nangis dah. pastu monitor, Tengku Nabila, dia suruh aku duduk tempat Nisa. Nisa tak datang. takde orang layan. diorang tanya, sekolah mana dulu and soalan pelik,"dok rumah apa?", sama ada aku salah dengar, aku jawab,"rumah arwah nenek kitorang,rumah kayu".


sebelum masuk sekolah, abah suruh practise kenalkan diri. tapi, aku tak dapat rasa camna kenalkan diri. first day, tak belajar. cikgu bagi paper exam midyear aritu. aku still sedih dalam hati. sebab takde kawan. time rehat,sepupu kata dia nak datang kelas. tapi tak pun -__-". aku berdiri kat brenda. pastu student kelas 1 Taqwa, Adibah tegur,"tak rehat ke?". start time tuh, aku describe dia, Adibah friendly. :)


Esok tuh, pergi dewan balik. rupanya ada bacaan yassin . everyweek, selangor tak buat pun ? Pastu ada student tanya,nama dia Afiqah. kelas 1 Taqwa. dia tanya aku first intake or second intake. aku tak paham dia cakap apa. aku jawab second. tak tawu pun ada second intake. vocab BI aku terok wooo !! next day. beratur luar kelas. Kak Zafirah yang jaga. dia check petikod. aku tengok orang depan angkat kain. ingatkan dia nak check color stokin. aku angkatlah. dia cakap "tak nampak pun". pastu dia tanya, pakai tak petikod? BI aku teruk !! aku tak tawu petikod tu ape. dia pun cakap 'Kain dalam'. aku kata aku tak pakai. SELANGOR TAK SURUH PAKAI PUN ?! dia suruh tulis nama. lepas tuh, baru dia perasan muka aku. sepupu kepada kawan dia. dia tawu aku baru masuk. kitorang jumpa sebelum aku masuk sekolah tuh. time kenduri abang sepupu aku. pastu dia tanya,"tawu ke kene pakai ?" aku geleng.


hari rabu, aku pakai tshirt PJ sekolah lama. slalunya, student baru masuk yang tak beli baju pj lagi, pakai baju lama. semua pelik tengok. pastu sepupu datang bagi tshirt bomba. hari kokorikulum. petang tuh, dia suruh datang koko. orang Kelate sebut,"ko". aku tak tawu surau kat mana, aku cari sepupu aku, dia takde. pastu terponteng solat zohor.(kantoi dah). aku takde kawan ! jumpa sepupu aku, pastu pegi meeting persatuan bomba, then, dia ajak balik rumah dia.

few months later, time geografi, ada perbentangan, group aku, Nazirah, Amni Muhd, Fatin and me. aku tak tawu ada presentation hari tu. so, kitorang tak buat. kene denda berdiri kat luar. T_T

bulan puasa, ada majlis berbuka. aku tak pegi. sebab abah nak balik selayang.few days before, aku excited gilaaaa. aku siap tulis besar2 ,tampal kat atas meja. the day kitorang balik, aku kene demam panas. muntah2. nenek cakap tak payah pegi. duduk ngan kakak and umar. tapi, disebabkan rindu yang teramat , aku tahan. sampai sana, terus tidur. malam tu aku muntah2. umi nak pegi terawih. tapi tak dapat. jaga aku. sian umi tak dapat jumpa kawan2 dia. next day, da ok. aku naaaak pegi sekolah lama tuh. aku jumpa nawal, chici, mimi, fatin, aisyah. ya Allah, rindunyaa ! A pun aku jumpa. diorang kata muka aku pucat. memang lah ! nama pun orang still demam. HAHA.


then 12 october, Shahirah Badariah, table mate, dia bagi hadiah birthday. terharu aku. kitorang tak banyak cakap, tapi dia bagi hadiah. sampai sekarang aku pakai bende tuh :) pastu jamuan akhir tahun. masing2 bawak henfon, camera. kitorang hias kelas. sangaaaaaaaat best. aku bawak kek batik. kegemaran Puteri, Aida and kawan2 sekolah rendah. semua suka ! pastu Saffa nak ambik gamba sekali. Selca. terharu aku.


3 years berlalu. segala kesedihan hilang. all the pain gone leaving a scar. parut dalam hati :) now, I got the best classmate which I didn't have it when I moved here. aku takut nak tukar sekolah sebab, takut tak dapat kawan macam ni. and I even started to speak Kelantanese at school but my friends didn't allow me to do so. LOL !



Terlalu panjang post ni sampai takde orang baca :D

No comments: